[VIDEO] Budak 3 tahun maut, 9 cedera kereta bertembung trak pikap di Semporna


  • 112
  • Selasa, 12 Sep 2023

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah trak pikap di Semporna, Sabah pada Isnin.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah trak pikap di Semporna, Sabah pada Isnin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, dalam kemalangan tersebut, Muhammad Raib Yusof merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku di sepanjang Jalan Semporna-Tawau dekat Sawit Kinabalu.

“Kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas dan mayatnya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Sementara itu, mangsa kemalangan lain yang terlibat dalam kejadian tersebut telah diberikan rawatan awal oleh pihak perubatan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," kanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Bomba dan Penyelamat Semporna menghantar pasukannya ke lokasi kejadian berikutan laporan yang diterima pada pukul 2.02 petang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram