[VIDEO] Penunggang motosikal cedera di leher terkena 'jerat' tali tangsi di SUKE


  • Tular
  • Selasa, 12 Sep 2023

Seorang lelaki tercedera di leher selepas tersangkut seutas tali yang melintang jalan di Lebuhraya SUKE simpang masuk ke Kampung Dato Mufti pada Isnin.

SEORANG lelaki tercedera di leher selepas tersangkut seutas tali yang melintang jalan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) simpang masuk ke Kampung Dato Mufti pada Isnin.

Kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu tular dalam dalam media sosial Twitter (X) selepas mangsa, @mdzulhilmi memuat naik video dan gambar yang memaparkan rakaman selepas kejadian.

Menerusi perkongsian lelaki mengalami luka pada leher akibat terjerut tali tangsi ketika menunggang motosikal di jalan raya tersebut.

Dia turut meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet untuk mengambil tindakan berhubung kejadian itu.

Pada masa sama, lelaki berkenaan meminta orang awam yang melalui lebuh raya tersebut agar berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram