[VIDEO] Marah ditegur parkir depan rumah, warga asing pukul, cekik penduduk tempatan


  • Benua
  • Jumaat, 08 Sep 2023

Tangkap layar seorang warga asing memukul dan mencekik seorang warga tempatan di Bali baru-baru ini.

TULAR satu video memaparkan seorang warga asing mengasari penduduk tempatan dengan memukul dan mencekik mangsa baru-baru ini.

Kelakuan suspek ibarat kaduk naik junjung itu turut mendatangkan amarah kepada warga setempat kerana berkelakuan seperti samseng.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di salah sebuah lokasi pelancongan di Bali, Indonesia.

Melalui video yang mula tular sejak Khamis itu, difahamkan kejadian itu berlaku ekoran daripada mangsa menegur suspek yang meletakkan motosikal di halaman rumah.

Memetik laporan media antarabangsa suaramerdeka.com, ketika kejadian, turut berlaku perang mulut diantara kedua-dua mereka sebelum warga asing itu cuba beredar.

Namun, keadaan menjadi semakin tegang selepas salah seorang daripada rakan mangsa memanggil suspek bodoh sebelum bertindak memukul dan mencekik mangsa.

Mangsa juga dilihat cuba melawan dan pergaduhan itu dileraikan warga awam yang berada di tempat kejadian.

Setakat berita ini ditulis, tiada tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram