SEORANG wanita berusia 57 tahun dilaporkan mengalami kecederaan selepas kenderaan dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Pertahanan, Johor Bahru, Johor ketika dalam perjalanan pulang selepas mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Shah Rizal Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan pada kira-kira pukul 3 petang Sabtu.
"Kejadian berlaku di Jalan Pertahanan di Taman Desa Rahmat. Mangsa mengalami kecederaan ke paha kirinya. Seramai 10 petugas dikerah ke lokasi kejadian," katanya.
Mangsa yang dikenali sebagai Mary Tan difahamkan sedang dalam perjalanan pulang selepas mengundi di SMK Dato Abdul Rahman Yassin.
"Mangsa dikeluarkan dari kereta dan diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
