Selain Muhyiddin, ada 3 lagi pemimpin pernah keluarkan fatwa kelirukan penyokong parti


  • Politik
  • Selasa, 05 Sep 2023

Muhyiddin (kiri) didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram memberikan undi kepada Suhaizan (kanan) semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, Johor Sabtu lalu.

PENGHASILAN sesuatu fatwa adalah penting sebagai panduan dan jawapan kepada sebarang kemusykilan mengenai agama Islam. Namun, ada segelintir ahli politik yang dilihat menyalahgunakan perkataan 'fatwa' demi kepentingan politik masing-masing.

Baru-baru ini, dunia politik kecoh apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mengeluarkan fatwa yang menyatakan hukum haram, apabila seseorang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Sabtu ini.

Kenyataan yang dianggap fatwa politik itu bukan sahaja menerima kecaman daripada beberapa ahli politik, malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut mengesahkan bahawa, bekas Perdana Menteri itu bakal diambil keterangan dalam masa terdekat.

Muhyiddin akan disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Nampaknya, dakwaan fatwa politik yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bukanlah perkara baharu yang perlu dihairankan.

Ini kerana terdapat beberapa kes sebelum ini apabila segelintir ahli politik dilihat seolah-olah cuba menggunakan agama sebagai senjata bagi meraih sokongan rakyat.

Berikut merupakan antara ahli politik yang didakwa pernah mengeluarkan fatwa politik:

1) Fatwa Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan wajibkan anggota parti itu supaya mengundi calon BN

KOTA BHARU, 7 Nov -- Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen P21 Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika sidang media sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu hari ini.Setiausaha Agung PAS itu akan menghadapi saingan enam penjuru di kerusi Parlimen Kota Bharu. Beliau akan ditentang oleh Dr Hafidzah Mustakim dari Pakatan Harapan, Datuk Seri Rosmadi Ismail (Barisan Nasional), Andy Tan @ Awang (Parti Rakyat Malaysia), Datuk Dr Che Musa Che Omar (Putra) dan Izat Bukhary (Bebas).-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mewajibkan anggota parti itu supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Ogos 2020.

Takiyuddin pada program Ceramah Bersama 5 Setiausaha Agung di Dewan Serbaguna Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak pada ketika itu mengarahkan anggota PAS dan penyokongnya supaya mengundi calon BN, Mohd Zaidi Aziz pada PRK Slim.

“Walaupun PRK, kita mengharapkan calon kita, Mohd Zaidi akan memungut undi yang terbanyak. Bagi pihak PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu PAS bertanding menjadikan tiga penjuru di DUN Slim ini. BN mendapat 8,327 (undi), Bersatu 6,144 (undi) dan PAS mendapat 4,103 undi.

“Jadi saya, selaku setiausaha agung PAS mengarahkan dan mewajibkan kepada kesemua penyokong, pengundi ahli-ahli PAS keluar mengundi calon BN yang mewakili kita semua,” kata Takiyuddin.

Kenyataan Takiyuddin itu menyebabkan bekas menteri besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin tidak berpuas hati.

Menurut bekas pemimpin PAS itu, fatwa Takiyuddin membuat anggota PAS berasa keliru dan tidak puas hati.

Dalam konteks Islam, katanya perkataan wajib membawa pelbagai makna.

"Bila kita katakan wajib dalam Islam ini ada beberapa perenggan wajib, mubah, makruh dan sebagainya. Wajib bermakna mesti. Kalau dalam Islam wajib bererti jika kamu tidak membuat, maka kamu berdosa," katanya.

Untuk rekod, PRK Slim merupakan pilihan raya kecil yang ke-12 selepas pilihan raya umum Malaysia ke-14. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Mohd.

Mohd Zaidi Aziz mengekalkan kerusi DUN Slim, selepas diumumkan sebagai pemenang.

2. Hadi ingatkan jemaah umrah, bakal haji ada 'dosa besar' tak mengundi

Tan Sri Abdul Hadi Awang. -filepic

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi ketika berada di Tanah Suci pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibimbangi melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah ALLAH SWT.

Katanya, mengundi merupakan satu daripada kewajipan memenangkan dan mempertahankan Islam.

"Jika tugas pengundian, itu tidak ditunaikan, maka akibatnya adalah lebih besar dan lebih parah.

“Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelosok dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.

“Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus, menunjukkan orang Islam yang tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah, malah ada yang menunggu upah duit dan sebagainya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

3. Dewan Ulama PAS keluar hukum wajib jatuhkan kerajaan PH

Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh - PAS Syura Council Secretary talking to reporter after opening the State PAS Convention at Yayasan An-Nahdhoh in Kubang Semang, Bukit Mertajam yesterday. - Starpic by MUSTAFA AHMAD / The Star / 16 April 2017.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh

Pada tahun 2019, PAS dikecam hebat susulan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa wajib hukumnya bagi parti itu menjatuhkan kerajaan PH.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-65 pada Jun 2019 berkata, tidak boleh ada sebarang kekhilafan dalam hal tersebut.

Beliau menegaskan, jika melihat pada strategi politik di Malaysia, tidak ada satu parti politik pun yang boleh memerintah secara individu.

"Sebaliknya mereka mesti bekerjasama dengan parti-parti lain dan PAS berdepan dengan PH, hukumnya wajib menjatuhkan kerajaan sedia ada ketika ini. Hukumnya wajib.

"Perkara ini kita jangan khilaf. Kita bergerak ke hadapan dan jangan banyak toleh ke belakang," katanya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram