JABATAN Komunikasi Komuniti (J-KOM) menyantuni lebih 600 penduduk sekitar Sungai Abong, Muar menerusi penganjuran Program Santun Komuniti Madani yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Desa, di Muar, Johor, pada Sabtu.
Program yang memasuki siri ketiga itu diadakan sebagai wadah penyatuan komuniti melalui program kerjasama dengan agensi kerajaan di peringkat daerah dan persatuan penduduk setempat.
Pertandingan mewarna antara aktiviti Program Santun Komuniti Madani yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Desa, di Muar pada Sabtu.
Pelbagai aktiviti diadakan bersama komuniti termasuklah sesi taklimat Malaysia Madani, pameran agensi kerajaan, saringan pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, permainan rakyat dan kuiz kenegaraan.
Program yang bertujuan untuk menghayati konsep Madani itu turut diselitkan dengan sesi menyantuni empat buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar Sungai Abong.
Lebih menarik lagi, program berkenaan juga dimeriahkan dengan penglibatan lebih 100 orang dalam pertandingan pacak puyu yang diadakan di Parit Setongkat, dekat Muar.
Pelepasan konvoi motosikal sejauh 18km melibatkan 70 anak muda tempatan.
Turut diadakan pelepasan konvoi motosikal sejauh 18 kilometer (km) melibatkan 70 anak muda tempatan dengan kibaran Jalur Gemilang dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia.
Program tersebut dirasmikan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.
Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Hasbie Muda dan Pengarah J-KOM Zon Selatan, Isham Ismail. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram