KPM adakan sesi libat urus atasi isu silibus sukar


  • Primer
  • Selasa, 22 Ogos 2023

KPM bakal mengadakan satu sesi libat urus untuk menangani isu kesukaran sukatan pelajaran murid di sekolah.

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) bakal mengadakan satu sesi libat urus untuk menangani isu kesukaran sukatan pelajaran murid di sekolah, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegusaran ibu bapa berhubung silibus mata pelajaran yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak sesuai usia pelajar.

Ujar Fadhlina, libat urus yang akan melibatkan beberapa pihak itu mengambil kira persediaan untuk kitaran silibus baharu yang sepatutnya dilaksanakan pada 2027.

"Mana-mana isu yang disentuh akan dipanjangkan dan dikupas dalam sesi libat urus.

"Kita perlu fahamkan masyarakat awam isu silibus ini ada kitarannya.

WhatsApp Image 2023-08-22 at 13.14.26

Fadhlina sempat meluangkan masa membuat lawatan di sekitar Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor pada Selasa.

BACA LAGI : KPM kenal pasti, siasat dakwaan guru sekolah buli pelajar OKU

"Jadi sekarang kita akan pergi kepada kurikulum yang baharu. Sebab itu kita nak panggil semua (pihak untuk terlibat) dalam sesi libat urus ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Fadhlina bagaimanapun menjelaskan, silibus pelajaran yang dikatakan mempunyai aras pemahaman tinggi hanya merangkumi lima peratus.

Tambahnya, ibu bapa juga perlu faham bahawa silibus yang disediakan adalah mengikut aras kefahaman anak-anak.

"Kita kena adil, ada anak-anak yang mempunyai kemahiran sedikit tinggi berbanding rakan-rakan lain.

"Jadi lima peratus itu adalah untuk mengatasi isu anak-anak yang mempunyai aras tinggi.

"Lain-lain adalah soalan yang boleh dikuasai di peringkat umur mereka," katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram