JENAZAH Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor pada Ahad.
Menerusi kenyataan di akaun rasmi Facebook (FB) rasminya, jenazah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang sebelum itu dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Klang untuk solat jenazah pertama pada pukul 9 pagi.
"Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidini Hamzah di Jalan Batu Muda, Kuala Lumpur untuk solat jenazah kedua pada pukul 11 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
“Keluarga Allahyarham Johari ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang ucapan dan doa mereka,” tulis pentadbir laman Facebook berkenaan.
Hebahan perancangan perjalanan terakhir Allahyarham Johari di Facebook rasminya.
Exco Pahang itu antara yang terkorban selepas pesawat yang dinaikinya bersama tujuh mangsa yang lain terhempas berhampiran Perbandaran Elmina di Selangor.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua sepuluh mangsa nahas udara Elmina telah dikenal pasti dan mayat akan diserahkan kepada keluarga pada Ahad.
Katanya, kesemua mangsa dikenal pasti melalui pelbagai teknik patologi; dengan memadankan cap jari, asid deoksiribonukleik (DNA) dan rekod pergigian.
Seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang penghantaran makanan di jalan raya turut maut apabila pesawat itu terhempas.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.40 petang selepas pesawat yang berlepas dari Langkawi itu dibenarkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram