PEMANDU e-hailing yang merupakan salah seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis dipercayai berseorang ketika tragedi itu menimpa dirinya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, berdasarkan semakan dengan syarikat e-hailing, pemandu tersebut menolak mengambil penumpang sejak pukul 2 petang.
"Pemandu itu sebenarnya sudah 'reject' penumpang sejak pukul 2 petang. Kita dah periksa dengan syarikat, dia memang 'reject' penumpang.
"Setakat ini polis syaki hanya satu mangsa dalam kereta itu sehingga proses pengenalan identiti dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selesai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar secara langsung di lokasi kejadian pada pagi Jumaat.
Razarudin berkata, semua cebisan yang ditemukan telah dibawa ke HTAR Klang. — Bernama
Razarudin berkata, operasi pencarian saki-baki cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat yang terhempas di lokasi kejadian telah 95 peratus selesai.
Menurutnya, ketika ini, anggota keselamatan sedang melakukan pembersihan terakhir dan mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa di tempat kejadian.
"Kita telah menjumpai 10 mayat dan dalam bahasa penyiasatan, yang dipanggil ‘human remains’ (atau cebisan mayat) kita sudah ambil 15 (iaitu) ada yang badan sedikit, tangan sedikit.
"Barang kepunyaan peribadi daripada human remains ini seperti jam, duit dan beg, lebih kurang dalam 21 yang ada (dijumpai),” katanya lagi.
Razarudin berkata lagi, semua cebisan yang ditemukan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat dan sebanyak 22 waris telah diambil sampel DNA untuk dipadankan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram