TULAR sebuah video menunjukkan kejadian ngeri apabila dua orang kanak-kanak diserang oleh individu tidak dikenali yang bersenjatakan kapak.
Dalam rakaman itu, kelihatan dua orang budak kecil sedang leka menonton televisyen apabila tiba-tiba ada orang muncul membunyikan loceng pintu, dalam kejadian di China.
Salah seorang daripada budak kecil itu bertatih ke pintu untuk membukanya mungkin kerana menyangkakan ibu bapa mereka sudah pulang.
Namun tanpa disangka seorang lelaki tempang bersenjatakan kapak meluru masuk sebelum menyerang budak itu hingga dia terjatuh di depan pintu rumah.
Lelaki terbabit kemudian masuk ke ruang tamu sambil berjalan terhincut-hincut dan menghayunkan kapak kepada seorang lagi budak perempuan yang sedang duduk di sofa.
Menerusi klip berkenaan kelihatan kapak itu mengenai bahagian belakang kepala kanak-kanak tersebut dengan laporan menyebut bahawa dia mengalami kecederaan parah.
Budak itu yang bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan berlari keluar dari rumah dikatakan dikejarkan ke hospital terdekat untuk menerima rawatan lanjut.
Adiknya yang terbaring sambil menangis di pintu rumah pula difahamkan dapat diselamatkan oleh pejalan kaki yang ternampak insiden tersebut dengan dia menghubungi ambulans serta pihak berkuasa.
Namun difahamkan bahawa adiknya yang ditetak berkali-kali di depan pintu itu meninggal dunia kerana kecederaan parah yang dialami.
Kejadian itu dipercayai berlaku di luar negara dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tarikh kejadian pada 8 Julai 2023.
Video insiden itu bagaimanapun hanya tular sejak Selasa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram