MAJLIS Daerah Kota Tinggi (MDKT) menjalankan siasatan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki dipercayai anggota penguatkuasanya melakukan kekerasan terhadap orang awam.
MDKT menerusi kenyataan memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memberi perhatian serius terhadap isu salah laku anggotanya dan siasatan terperinci sedang dijalankan terhadap individu terlibat.
"MDKT mengambil maklum mengenai laporan tersebut (video tular) dan jika didapati bersalah, tindakan akan diambil sejajar dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pada Jumaat, tular rakaman video berdurasi 34 saat memaparkan lelaki dipercayai anggota penguat kuasa itu mengejar dan bertindak menendang seorang lelaki yang sedang berjalan kaki sambil membawa beberapa barangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram