'Pengundi hantu wujud tau', wanita kecewa tak boleh mengundi di Kedah sebab IC orang lain dah pakai


  • Massa
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Rozana membuat laporan di Balai Polis Padang Serai, Kedah. — Facebook/Rozanamokhtar

SEORANG wanita membuat laporan polis selepas mendakwa tidak dapat mengundi kerana namanya didaftarkan sudah mengundi di DUN N34 Lunas untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada Sabtu.

Menurut Rozana Mokhtar, dia pada mulanya amat teruja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di sebuah sekolah.

Namun, setelah memberikan kad pengenalan kepada pegawai petugas, Rozana terkejut apabila petugas memaklumkan bahawa namanya sudah didaftarkan sebagai pengundi.

undiiiiii

Rozana (kanan) kecewa apabila diberitahu nama dan kad pengenalannya sudah digunakan orang lain untuk mengundi. — Facebook/Rozanamokhtar

Tambahnya lagi, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sekolah berkenaan telah menyemak nama dan nombor kad pengenalannya beberapa kali, namun didapati namanya masih berstatus sama iaitu telah mengundi.

"Pihak SPR mendapati nama saya serta nombor kad pengenalan saya telah digunakan oleh seseorang yang tidak diketahui ataupun dikenali," katanya di Facebook.

WhatsApp Image 2023-08-12 at 12.56.08 (1)

Tangkap layar dalam hantaran tersebut. Facebook/Rozanamokhtar

Disebabkan itu, Rozana kecewa dan keliru bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

"Nama sama boleh terima lagi, tapi kad pengenalan pun sama, tak pasal-pasal nak kena buat report.

"Sesungguhnya, pengundi hantu itu wujud tau, kecewa tak tahu nak cerita," katanya dalam hantaran tersebut.

Sejurus kejadian itu, Rozana terus mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Padang Serai, Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram