Ahmad Samsuri kekalkan penguasaan di Ru Rendang


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Ahmad Samsuri menunjukkan jari yang berdakwat selepas mengundi pada PRN di Pusat Mengundi SMK Seri Nering pada Sabtu. — Bernama

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.

Kemenangan Ahmad Samsuri terus mengekalkan penguasaan di DUN Ru Rendang, ia sudah dijangka kerana Suhaimi Sulaiman daripada PKR bukanlah satu nama besar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 6,028 undi dalam pertembungan tiga penjuru mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nik Dir Nik Wan dan Zarawi Sulong (PKR). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram