Budak lelaki 8 tahun lemas dalam paya


  • 112
  • Jumaat, 11 Ogos 2023

Lokasi mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. — Ihsan JBPM

SEORANG kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika ditemui dalam kawasan paya berhampiran sebuah kondominium di Jalan Baru, di George Town, petang Jumaat.

Terdahulu, mangsa yang juga etnik Rohingya berusia lapan tahun dipercayai bermain di kawasan itu sebelum ditemui lemas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7 malam bagi operasi menyelamat mangsa.

"Orang awam membawa mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dalam usaha menyelamatkannya.

"Namun, kita mendapat panggilan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram