PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau bersama ahli perniagaan dari Indonesia pernah menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah namun pertemuan itu sebagai kunjungan hormat.
Beliau turut menjelaskan pertemuan yang turut dihadiri oleh ahli perniagaan terkemuka Indonesia, Riza Chalid, diberikan berdasarkan jadual Raja Kedah.
"Pertemuan itu tiada kaitan dengan urusan permohonan untuk mengusahakan aktiviti unsur nadir bumi (REE) di negeri berkenaan seperti yang didakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
"Tak bangkit soal REE, Sultan Kedah panggil saya ada hal-hal lain, termasuk ziarah makam.
"Yang saya nak sebut di sini, isu REE curi nadir bumi,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023) pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa Anwar dan seorang warganegara Indonesia pernah ke negeri itu untuk meninjau tapak lombong ree sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut laporan itu, Muhammad Sanusi berkata warganegara Indonesia yang dikenali sebagai 'Reza Khalid' itu dikatakan berminat melabur dalam aktiviti melombong ree di Kedah. — TheStar/ FAZLEENA AZIZ
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram