KUMPULAN rock terkenal dunia, Muse tampil menjelaskan kenapa kumpulan tersebut tidak menyanyikan sebuah lagu popular daripada album terbaru dalam persembahan di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
“Kami pilih main lagu Resistance berbanding WAFF (We are F***ing F***ed) di Malaysia.
“Mesej yang lebih penting berikutan situasi semasa," tulis pemain dram Dominic Howard di Instagram.
Tulisan itu turut memuatkan bendera pelangi yang menjadi simbol perjuangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Tindakan itu mungkin berkaitan dengan kontroversi melibatkan band pop-rock British The 1975 yang menyaksikan vokalisnya Matt Healy melakukan aksi tidak senonoh dengan mencium gitaris kumpulannya, Ross Macdonald di atas pentas.
Hantaran Instagram Howard yang menyertakan simbol pelangi.
Bukan itu sahaja, Matt turut membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.
Susulan daripada peristiwa itu, penganjur membatalkan persembahan kumpulan tersebut dan baki dua hari festival muzik itu turut dibatalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital.
Untuk rekod, dalam lima persembahan di Eropah sebelum ini, Muse menyanyikan kedua-dua lagu Resistance dan WAFF.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada pengguguran lagu WAFF dibuat susulan syarat Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram