[VIDEO] Motosikal terbakar lepas kemalangan, warga emas maut dilanggar trak pikap


  • 112
  • Isnin, 31 Jul 2023

Anggota bomba tiba di lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran. — Facebook

SEORANG lelaki warga emas berusia 75 tahun meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika keluar simpang di Kilometer 9, Jalan Mukah–Balingian, Mukah, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin ketika mangsa yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan ladang sedang dalam perjalanan dari Kampung Jebungang menuju ke Balingian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda terbabit yang dari arah Balingian menuju ke Mukah melanggar motosikal ditunggang mangsa yang secara tiba-tiba keluar daripada simpang Kampung Jebungan.

“Kemalangan turut menyebabkan motosikal mangsa terbakar sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Mukah,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Rizal berkata, lelaki berusia 37 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram