Pemimpin 4 negeri hadapi saingan satu lawan satu, sengit di Selangor dan Negeri Sembilan


  • Politik
  • Sabtu, 29 Jul 2023

Amirudin hadapi pertandingan tiga penjuru di DUN Sungai Tua. — Bernama

PROSES penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 menyaksikan pemimpin tertinggi empat negeri iaitu Kedah, Terengganu Kelantan dan Pulau Pinang bakal menghadapi pertembungan satu lawan satu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada PAS akan menerima tentangan daripada calon Barisan Nasional (BN-Umno), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim di DUN Jeneri.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), memenangi kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas menewaskan penyandang BN, Mahadzir Abdul Hamid dan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Nazri Abu Hassan dengan majoriti 2,455 undi.

SIK, 29 Julai -- Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika tiba Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri di Pejabat Daerah Dan Tanah Sik, hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sanusi daripada PAS akan menerima tentangan daripada wakil Kerajaan Perpaduan. — Bernama

Bagi DUN Ru Rendang di Terengganu, turut berlaku pertandingan satu lawan satu selepas Menteri Besar, Ahmad Samsuri (PN-PAS) dicabar Suhaimi Sulaiman (PH-Amanah).

Ahmad Samsuri memenangi kerusi DUN Ru Rendang pada PRU-14 selepas memperoleh 13,851 undi menewaskan calon BN, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (7,823 undi) dan calon PKR, Sarawi Sulong (729 undi).

MARANG, 29 Julai -- Calon Pakatan Harapan (PH) dari Amanah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.19 Ru Rendang, Suhaimi Sulaiman (tengah) tiba bagi menghantar borang pencalonan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu di Pejabat Daerah dan Tanah Marang hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Suhaimi (tengah) tiba bagi menghantar borang pencalonan sempena PRN Terengganu. — Bernama

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (PN-PAS) pula berhadapan Mohamad Zamakh Sari Ibrahim (PH-PKR) dalam saingan satu lawan satu di Pasir Pekan.

Zamakh Sari merupakan calon baru PKR bakal berdepan laluan sukar untuk mengalahkan Ahmad Yakob yang juga penyandang kerusi tersebut.

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow (PH-DAP) pula dicabar satu lawan satu H’ng Khoon Leng (PN-Gerakan) di Padang Kota.

SEREMBAN, 29 Julai -- Calon-calon yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Sikamat (dari kiri) Ahmad Raihan Muhamad Hilal (Perikatan Nasional-Bersatu), Datuk Seri Aminuddin Harun (Pakatan Harapan-PKR), Bujang Abu (Bebas) dan Mohamad Hafiz Baharuddin (Bebas) selepas proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri di Pusat Penamaan Calon Dewan Komuniti Coral Height hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA.

Calon-calon yang bertanding di DUN Sikamat termasuk Aminuddin (dua dari kiri). — Bernama

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghadapi pertandingan tiga penjuru di DUN Sungai Tua.

Beliau bakal berdepan calon PN. Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon bebas (Kunci), G. Suman.

Pada PRU-14) lalu, Amirudin menang dengan majoriti 11,374 mengalahkan tiga calon lain bagi DUN berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pula berhadapan Ahmad Raihan Muhamad Hilal (PN) dan dua wakil Bebas iaitu Mohammed Hafiz Baharudin dan Bujang Abu dalam pertandingan empat penjuru di DUN Sikamat.

Enam negeri yang mengadakan PRN ialah Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram