Pemimpin utama parti politik bagi sokongan 'calon panas' di Gombak


  • Politik
  • Sabtu, 29 Jul 2023

Anwar Ibrahim bersama penyokong berarak ke Pusat Penamaan Calon di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak pada Sabtu.

PEMIMPIN utama parti politik tanah air hadir ke pusat penamaan calon Gombak, Selangor menjelang penamaan calon pada Sabtu bagi untuk memberikan sokongan kepada calon parti dan gabungan masing-masing.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di pusat penamaan calon di Gombak bersama ratusan penyokong pada pukul 8:40 pagi.

Ini diikuti dengan ketibaan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor di pusat penamaan calon yang sama pada kira-kira 8:50 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Penang diadakan serentak pada 12 Ogos ini — TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram