Allianz Experience 10 kembali bersama jemputan eksklusif Konsert Faizal Tahir


  • Bizz
  • Rabu, 26 Jul 2023

Konsert Aku Faizal Tahir akan diadakan pada 2 September ini di WTC Kuala Lumpur.

PEMILIK motosikal yang membeli atau memperbaharui insurans motosikal dengan Allianz Motorcycle atau Allianz Motorcycle Plus atau mengambil perlindungan dengan pelan kemalangan diri PerlindunganKu Allianz4All berpeluang untuk menghadiri konsert eksklusif 'Aku Faizal Tahir!'.

Peluang ini terbuka kepada mereka yang membeli atau memperbaharui insurans tersebut dalam tempoh kempen iaitu dari 15 Jun hingga 15 Ogos 2023 untuk mendapat tiket berada di zon Allianz Rock.

Konsert tersebut akan diadakan pada 2 September ini di Pusat Perdagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, yang mana Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) merupakan penyampai rasmi.

Di peringkat global, Allianz mempunyai hubungan yang baik dengan muzik dan penghibur, manakala di peringkat tempatan pula, Allianz Malaysia berusaha memberi sokongan kepada artis tempatan untuk membawakan persembahan mereka ke pentas secara langsung di hadapan peminat.

Kempen Allianz Experience 10 melalui portal MyAllianz, memberi peluang kepada pelanggan Allianz Malaysia untuk menerima sepasang jemputan eksklusif ke konsert solo pertama Faizal Tahir.

Allianz Motorcycle Plus menawarkan perlindungan kemalangan jalan raya sebanyak RM10,000 setiap seorang untuk penunggang dan pembonceng sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal, pendapatan hospital sebanyak RM100 sehari sehingga 60 hari setiap seorang untuk penunggang dan pembonceng.

Faizal Tahir 2

Sean Ng dari JioBuddy, Faizal Tahir dan Sazali Rahman dari Allianz General Insurance memegang plak bertandatangan untuk poster konsert.

Ia terpakai untuk pemegang polisi Komprehensif dan Pihak Ketiga, manakala pemegang polisi Komprehensif juga akan menikmati perlindungan keseluruhan jumlah yang diinsuranskan bagi peril khas seperti banjir dan bantuan tepi jalan sehingga 50km untuk dua hala.

Polisi itu direka khas untuk motosikal berkapasiti 250cc dan ke bawah bagi memastikan penunggang mendapat perlindungan dengan kadar yang mampu milik. Produk ini mempunyai faedah tambahan daripada produk insurans motosikal standard.

PerlindunganKu Allianz4All, sebaliknya, adalah pelan insurans mampu milik yang direka dengan nilai-nilai sejagat yang selari dengan prinsip kewangan Islam bagi memenuhi keperluan semua segmen masyarakat.

Bagi Pelan 1 dengan premium sejumlah RM53 atau Pelan 2 dengan premium sejumlah RM79.50, pelanggan akan menerima perlindungan kemalangan diri sebanyak RM30,000 dan RM50,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan, dan pendapatan harian hospital sebanyak RM50 dan RM100 sehingga 30 hari di Hospital Kerajaan sekiranya dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit.

Terdapat juga pembayaran bantuan kecemasan sekiranya berlaku pemindahan banjir masing-masing sehingga RM500 dan RM750 bagi Pelan 1 dan Pelan 2.

Penglibatan Faizal Tahir secara aktif dalam industri muzik di Malaysia adalah lebih daripada 17 tahun. Ini akan menjadi konsert solo pertama beliau dalam kerjaya. Beliau mendapat kemasyhuran selepas menjadi naib juara di dalam musim pertama One in a Million pada tahun 2006.

Selepas itu, beliau melancarkan kerjaya solo dan menjadi penerima pelbagai anugerah muzik seperti Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Planet Muzik. Beliau terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Santai, Gemuruh dan Sampai Syurga serta kerjasama popular dengan Jaclyn Victor, Siti Nurhaliza dan Joe Flizzow. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram