Bapa berang, dakwa anak ditendang pelanggan gara-gara jual umpan mahal di Melaka


  • Tular
  • Isnin, 17 Jul 2023

Seorang kanak-kanak perempuan (kanan) didakwa dipukul oleh pelanggan kerana menjual umpun-umpun (kiri) pada harga RM8.

GARA-GARA menjual umpan cacing laut atau umpun-umpun pada harga RM8, seorang pelanggan didakwa tergamak menendang seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Telok Gong, Alor Gajah, Melaka pada Ahad.

Insiden tersebut dikongsikan di Facebook oleh pengguna Facebook, Anip Anip dipercayai ayah kepada kanak-kanak terbabit yang berang dengan sikap pelaku tersebut.

Dia menerusi hantaran sama turut memaklumkan sedang menunggu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada jiran berdekatan yang mungkin kebetulan merakam kejadian terbabit.

"Kalau tak nak beli umpan, tak payahlah tendang anak perempuan saya. Kalau rasa RM8 mahal, tak payah beli.

"Saya tengah tunggu (rakaman) CCTV lengkap, tak kira siapa saya akan buat (laporan) kes ya," katanya pada Ahad.

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang menimpa mangsa.

"Tak baiklah tendang-tendang orang. Hormat orang. Tak kira budak ke orang tua. We all human being," kata Siva Kumar.

"Tempat aku jual umpun-umpun RM10 kira okey saja pada aku. RM8 tu murah sudah, kalau (rasa) mahal tak payah beli," kata Mohd Azwan.

Setakat ini, masih belum ada sebarang laporan polis diterima berkenaan insiden tersebut.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada bapa mangsa berhubung kejadian itu. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram