HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan, baru-baru ini.
Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihaknya merujuk kepada video yang tular menerusi aplikasi TikTok berkaitan perkara tersebut.
Beliau berkata, kanak-kanak itu hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lepas.
"Keadaan pesakit (kanak-kanak) semasa di HTAR dalam keadaan lemah. Pesakit diberikan rawatan yang sewajarnya oleh pakar perubatan kecemasan, namun, pesakit tidak dapat diselamatkan.
"Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut Dr Zulkarnain, pihaknya bersimpati dengan perkara dilalui keluarga Allahyarham dan akan berhubung dengan pihak keluarga untuk perbincangan lebih lanjut mengenai kes itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram