PERKHABARAN kehilangan insan tersayang lebih memeritkan apabila ia berlaku ketika musim perayaan. Manakan tidak, hari yang sepatutnya diraikan bersama mereka bagai tiada ertinya tanpa keberadaan di sisi.
Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menangis teresak-esak sambil mencangkung dalam gerabak kereta api di Indonesia tanpa diketahui puncanya.
Video tersebut memaklumkan perakam ketika itu baru menaiki kereta api berkenaan sebelum terlihat lelaki tersebut.
Setelah bertanya kepada individu tersebut, dia memaklumkan bahawa ayahnya meninggal dunia ketika masyarakat masih menyambut Aidiladha.
Setelah mengetahui perkara tersebut, para penumpang kereta api tersebut cuba menenangkan lelaki tersebut dan menawarkan tempat duduk kepadanya.
Video tular berdurasi 28 saat itu turut mendapat perhatian warganet yang berasa sedih melihat keadaan pemuda itu.
"Ayah saya juga meninggal pada Aidiladha tahun lalu, jadi setiap kali Aidiadha selalu terkenang di mana hari itu kami semua berduka," kata lita_imbransyah.
"Penyesalan paling mendalam ketika tidak sempat bertemu (buat kali terakhir) ketika ayah meninggal," kata mauritsnikodemus. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram