Penjawat awam Selangor dapat cuti tambahan Jumaat sempena Aidiladha


  • Primer
  • Selasa, 27 Jun 2023

Penjawat awam di bawah kerajaan negeri Selangor mendapat satu hari cuti tambahan pada Jumaat ini sempena sambutan Aidiladha. — Gambar hiasan

KERAJAAN Selangor bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan pada Jumaat (30 Jun) kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim berkata, cuti tambahan berkenaan berikutan pengisytiharan tarikh Aidiladha yang jatuh pada Khamis, 29 Jun bersamaan 10 Zulhijah 1444H.

Beliau berkata, kemudahan cuti tambahan tersebut adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) dan khusus kepada semua penjawat awam di jabatan, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja.

"Bagaimanapun badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265).

"Pentadbiran Kerajaan Selangor juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram