Bomba cari pelajar tahfiz kecelaruan minda hilang dalam kebun getah


  • 112
  • Khamis, 22 Jun 2023

Motosikal ditunggang remaja tersebut ditemui pihak berkuasa di sebuah kebun getah di Gerik, pada Rabu. — Ihsan Bomba

BOMBA meneruskan pencarian terhadap seorang remaja berusia 17 yang dilaporkan hilang sejak Rabu dipercayai akibat mengalami kecelaruan minda.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan pihak polis mengenai kehilangan mangsa pada pukul 1.33 pagi Khamis.

Katanya, kali terakhir mangsa dilihat adalah di sekitar Jalan Air Bertam, Kg. Ulu Kenderong, pada pukul 9 pagi Rabu.

“Pada pukul 6 petang, keluarganya mencari mangsa dan menjumpai motosikal yang dibawanya bernombor pendaftaran AKV7643 berada di tengah jalan dalam kebun getah.

“Pihak bomba berada di lokasi kejadian dan Post Kawalan Bencana (PKB) sudah dibuka,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, pencarian terhadap mangsa dihentikan pagi tadi, namun akan diteruskan semula pada pukul 10 pagi dengan bantuan unit K9 yang tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram