ARTIS veteran tanah air, Rohana Jalil, 68, dilaporkan meningggal dunia pada pukul 11.33 malam, Selasa di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berita duka tersebut disahkan penyanyi Haiza menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.
"Al-Fatihah buat Hajah Dara Jalil (Rohana Jalil) Innalillahiwainailaihirojiun.
"Baru sahaja malam tadi buat bacaan yasin dan tahlil untuk sahabat yang dah pergi juga buat Kak Ana yang sedang berjuang.
"Dapat berita Kak Ana dah dijemput Ilahi...semoga ALLAH tempatkan Kak Ana bersama-sama orang yang beriman. Salam takziah buat abang Jangir, Kira, Kila dan keluarga," tulisnya.
Sebelum ini, ibu kepada pelakon popular, Kilafairy itu dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Allahyarham memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram