[INTERAKTIF] Bilakah PRN di 6 negeri akan diadakan? Teka tarikh dalam tinjauan pendapat kami!


  • Politik
  • Rabu, 21 Jun 2023

Memandangkan Kelantan adalah yang pertama membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun, ini bermakna, PRN perlu diadakan selewat-lewatnya pada 21 Ogos, iaitu 60 hari dari tarikh pembubaran negeri itu.

TEKA-TEKI berhubung tarikh enam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan semakin hangat diperkatakan.

Lima negeri setakat ini telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Kelantan pada 22 Jun, Selangor (23 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (28 Jun) serta Negeri Sembilan (30 Jun).

Dalam pada itu, Terengganu pula dijangka menyusul tidak lama lagi.

PRN mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran, seterusnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat dan memutuskan tarikh penamaan calon serta hari pengundian.

SPR sebelum ini berkata, PRN di keenam-enam negeri tersebut perlu diadakan serentak.

Sehubungan itu, parti dan gabungan kedua-dua belah pihak juga bersetuju untuk mengadakan pilihan raya bagi kesemua enam negeri secara serentak.

Memandangkan Kelantan adalah yang pertama membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun, ini bermakna, PRN perlu diadakan selewat-lewatnya pada 21 Ogos, iaitu 60 hari dari tarikh pembubaran negeri itu.

Sementara menunggu SPR mengumumkan tarikhnya, apa kata anda cuba nasib dengan meneka hari pengundian menerusi tinjauan interaktif kami.

Jangan risau, kami akan bantu anda dengan memberikan beberapa maklumat latar belakang tentang PRN dan pilihan raya sebelum ini untuk memberi anda gambaran bila tarikh mengundi yang paling sesuai.

Berikut ialah beberapa acara atau perayaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, yang berkemungkinan akan menjejaskan tarikh PRN di enam negeri:

Bilakah negeri dan daerah kali terakhir mengadakan pilihan raya?

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November tahun lalu, Parlimen bersama-sama kerajaan negeri Pahang, Perak dan Perlis telah dibubarkan.

Manakala Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor telah mengadakan PRN mereka sendiri dua tahun sebelum PRU15.

Oleh itu, hanya tinggal enam negeri yang perlu mengadakan PRN tidak lama lagi setelah DUN mereka tamat tempoh penggal selama lima tahun.

Hari mengundi jatuh pada hari bekerja atau hujung minggu?

PRU yang diadakan sebelum ini dijalankan sama ada pada hari Rabu atau Sabtu.

Kali terakhir keenam-enam negeri itu mengadakan PRU14 pada 2018 adalah pada hari Rabu.

Masa untuk meneka tarikh

Klik pada mana-mana pilihan tarikh dalam tinjauan pendapat, kemudian klik 'Vote' untuk melihat keputusan.

Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram