
TULAR video memaparkan seekor babi dipercayai dipelihara di sebuah taman perumahan.
Video tular berdurasi 12 saat itu dikongsikan di laman sosial pada Selasa.
Menerusi rakaman klip tersebut, seorang lelaki dipercayai penghantar makanan terkejut melihat selain kucing dan anjing, tuan rumah turut didakwa memelihara seekor babi.
"Tengok rumah customer ni, dia bela kucing, anjing, ini babi pun ada besar.
"Bukan biasa-biasa punya (rumah) ni," katanya dalam video tersebut.
Bagaimanapun, lokasi kejadian masih belum dapat dikenal pasti.
Isu memelihara babi di kawasan taman perumahan pernah dibangkitkan sebelum ini, apabila orang ramai mempertikaikan tindakan seseorang individu untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan.
Ramai warganet berpendapat bahawa babi tidak sesuai untuk dijadikan binatang peliharaan di taman perumahan.
Ia kerana binatang tersebut boleh mengundang bau yang tidak disenangi jiran tetangga, malah orang ramai juga bimbang akan isu kebersihan haiwan itu yang berisiko membawa penyakit serius kepada manusia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram