Rider big bike berbalah kerana parkir di Muar kena 3 saman


  • 112
  • Isnin, 19 Jun 2023

Tangkap layar video tular seorang penunggang motosikal (berbaju coklat) cuba melakukan provokasi terhadap peniaga yang merakam selepas motosikalnya dialihkan.

POLIS mengeluarkan tiga saman selepas meleraikan satu pertelingkahan antara kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan orang awam di Jalan Majidi, dekat Muar, Johor pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisiner, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pertelingkahan pada pukul 10.15 pagi itu dipercayai berpunca daripada tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang meletakkan kenderaan di kaki lima kedai.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider big bike bengang peniaga alih motosikal di kaki lima kedai di Muar, siap ketawa mengekek lepas doa kedai bankrap

"Polis meleraikan pertelingkahan dan meminta kerjasama untuk mengalihkan kenderaan, selain mengeluarkan tiga saman 170A bagi kesalahan halangan ke atas pemilik motosikal," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan tiga klip video yang tular di media sosial yang memaparkan pertelingkahan itu, dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian tersebut. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram