PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan Umno ketika perhimpunan agung 2023 parti itu yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruddin menyifatkan Anwar sebagai rakan lama yang kembali ke tempat pemimpin itu memulakan perjalanan karier politiknya.
"Di dewan ini (Dewan Merdeka) di mana beliau diangkat sebagai salah seorang pemimpin yang dihormati negara," kata Badruddin dalam ucapannya sebelum menjemput anggota parti untuk memberi tepukan gemuruh untuk Anwar.
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertemuan semula Anwar dan Umno adalah satu kesinambungan terhadap proses pembinaan negara Malaysia.
βIni adalah detik bersejarah kerana kita dipisahkan seperempat abad yang lalu oleh ketentuan Allah.
"Dan kini kita bersama-sama sekali lagi untuk meneruskan perjuangan kita dalam pembinaan negara," katanya memberikan ucapan dasar ketika semasa memberikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 itu.
Memakai baju Melayu berwarna biru muda, Anwar duduk bersama ahli jawatankuasa kanan Umno dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang lain di atas pentas.
Kali terakhir pengerusi Pakatan Harapan itu menghadiri perhimpunan agung itu adalah pada 1998, ketika beliau berucap sebagai Timbalan Presiden Umno.
Turut membuat kemunculan semua di Dewan Merdeka ialah Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang keluar Umno selepas digantung pada 2016.
Hadir sama sebagai tetamu kehormat dalam mengiringi Anwar ialah pemimpin Kerajaan Perpaduan lain terdiri daripada Pengerusi Whip Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu; Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Presiden Upko, Datuk Ewon Benedick. β The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram