'Lega habis, hilang resah mak', Fadhlina Sidek terharu anak perempuan peroleh 9A SPM termasuk subjek Matematik Tambahan


  • Primer
  • Khamis, 08 Jun 2023

Fadhlina (kiri) meraikan kegembiraan bersama anaknya Thurayya Fadhilah (tengah) yang juga calon SPM 2022 selepas menerima keputusan di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis. — Bernama

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek mengucapkan tahniah kepada anak perempuannya Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, selepas memperoleh keputusan cemerlang 9A dan 2B+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

"Alhamdulillah lega habis, resah mak, saya ingat itu sebahagian daripada kenangan manis pada tahun ini dan saya juga ingin memberi keyakinan kepada ibu bapa semua anak-anak bersekolah aliran perdana Kementerian Pendidikan (KPM) boleh mencipta kejayaan dengan syarat memberi sokongan sepenuhnya.

"Sekolah aliran kerajaan telah membuktikan bahawa keputusan ini telah didukung oleh ekosistem yang baik, guru-guru yang cemerlang dan terlatih dan ini pastinya sebagai satu saranan kepada ibu bapa untuk meyakini kepada sekolah kerajaan,” katanya ketika mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor, pada Khamis.

Sebelum itu, beliau hadir ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Cheras, Kuala Lumpur awal pagi tadi bersama suami menemani anak perempuan mereka mengambil keputusan SPM.

Thurayya anak sulung daripada lima beradik sangat meminati mata pelajaran Matematik Tambahan dan menjadikan kaedah mengajar rakan-rakan sebagai langkah terbaik untuk mengulang kaji mata pelajaran tersebut. Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram