
TULAR satu video memaparkan tindakan seorang individu dilihat seakan-akan memperlekehkan amalan ucapan salam oleh umat Islam.
Klip berdurasi satu minit 18 saat itu menunjukkan perbuatan individu tersebut yang sengaja berulang kali mengucapkan salam secara salah dan berjenaka.
Tindakan berkenaan dilakukannya ketika melakukan siaran langsung di sosial media dengan dia dilihat ketika itu turut sedang memandu.
Dalam video terbabit, dia juga dilihat seakan-akan secara berjenaka mengajak pengikut sosial medianya untuk melakukan ucapan berkenaan.
Waktu dan tempat rakaman video tersebut berlaku bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Akaun TikTok yang berkongsikan klip tersebut, @kingzacklegend100 menerusi hantarannya meminta agar pihak polis segera mengambil tindakan terhadap individu tersebut.
"Kes lama-lama pun masih tidak ambil tindakan. Orang wheelie motor cepat pula tangkap," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram