Imigresen Johor siasat insiden tular wanita kencing di CIQ JB


  • 112
  • Isnin, 08 Mei 2023

Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita membuang air kecil di CIQ, Johor Bahru, Johor.

JABATAN Imigresen Malaysia (Imigresen) Johor akan menjalankan siasatan terhadap video tular seorang wanita ditangkap membuang air kecil di belakang kaunter tertutup di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, siasatan itu bagi membantu mengenal pasti waktu kejadian tersebut berlaku memandangkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara terbabit.

Johor Immigration Department director Baharuddin Tahir during press conference held at the Johor Immigration Department headquarters in the Home Ministry Complex at Setia Tropika here on Monday (July 20).

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir.

“Adalah salah untuk membuang air di khalayak ramai terutamanya memandangkan BSI adalah bangunan kerajaan yang sangat dikawal rapi.

"Sekiranya individu itu tidak dapat menahan daripada membuang air, maka dia harus meminta bantuan daripada kakitangan di BSI untuk pergi ke tandas awam," katanya ketika dihubungi The Star pada Isnin.

Dalam video tular berdurasi 23 saat itu, seorang petugas menangkap wanita itu yang baru membuang air di bahagian belakang kaunter Imigresen yang ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf.

Pegawai Imigresen berkenaan didengar mengarahkan wanita itu supaya berhenti dan membersihkan kekotoran ditinggalkannya namun ia tidak diendahkan dengan wanita berkenaan dilihat berlalu pergi begitu sahaja. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram