GARA-GARA menegur seorang lelaki kerana menghisap rokok di premis makanan, sekumpulan remaja diherdik oleh individu terbabit sehingga menimbulkan rasa tidak senang orang sekeliling.
Lelaki yang berpakaian warna hijau itu tidak berpuas hati dengan salah seorang remaja kerana menegurnya sedang menghisap rokok di premis terbabit.
Malah lelaki itu juga menunding jari ke muka remaja itu sambil berkata pekerja kedai makanan itu tidak berani menegurnya kerana menghisap rokok.
Lelaki tersebut kemudiannya ditenangkan oleh seorang individu supaya kejadian terbabit tidak menjadi lebih teruk.
Perkongsian video yang dikongsikan oleh @bckupacc99 di media sosial itu mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di Twitter pada Ahad.
Dalam ciapan tersebut KKM memaklumkan peka dengan isu terbabit dan mengucapkan terima kasih kepada individu yang menegur lelaki tersebut.
"Kami ambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan saudara," kata KKM dalam Twitter pada Ahad.
Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian berlaku di mana, namun Majoriti ini menasihati orang rama di luar sana sentiasa mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan oleh pihak bertanggunjawab.
Perbuatan ini tidak seharusnya menjadi teladan tetapi ia dipaparkan supaya orang ramai berhati-hati dalam apa juga keadaan dan sentiasa menjadi pengajaran buat diri masing-masing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
