Budak lelaki maut dipercayai terkena tembakan senapang buatan sendiri di Keningau


  • 112
  • Jumaat, 28 Apr 2023

Siasatan masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

MALANG tidak berbau. Seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Kosogoh Salong Pagalungan, Keningau, Sabah maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri ketika bermain dengan rakannya.

Dalam kejadian pada Isnin itu, kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun berkenaan terkena tembakan di kepala sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Nabawan bahawa terdapat seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Katanya lagi, susulan kejadian itu seramai tujuh individu ditahan dan satu senjata api turut dirampas untuk siasatan lanjut.

"Siasatan masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram