[VIDEO] Individu menyamar sebagai pegawai kastam minta wang perlindungan di Segambut


  • Tular
  • Isnin, 24 Apr 2023

Tangkap layar dua lelaki yang dipercayai menyamar sebagai pegawai Kastam di sebuah kedai runcit di Segambut.

TULAR satu video memaparkan perbuatan dua lelaki dipercayai menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi memungut wang perlindungan dari sebuah kedai runcit di Segambut, Kuala Lumpur.

Menerusi klip video berdurasi lima minit yang tular pada Ahad itu, salah seorang daripadanya memakai t-shirt gelap dan topi berwarna putih dilihat sedang bercakap melalui telefon bimbit sambil diperhatikan oleh individu dipercayai pemilik kedai tersebut.

Berdasarkan audio perbualan terbabit, lelaki itu mengaku sebagai pegawai kastam didapati sedang meminta sogokan.

Menerusi perbualan di telefon itu juga mendapati, lelaki berkenaan mengaku kehadirannya di premis tersebut dibuat atas budi bicara kerana agensi tersebut bersama pihak berkuasa bakal membuat serbuan besara-besaran dalam tempoh beberapa hari akan datang, iaitu sebelum sambutan Aidilfitri.

WhatsApp Image 2023-04-24 at 9.23.30 AM

Video tular itu mendapati lelaki terbabit dipercayai sedang meminta wang perlindungan daripada pemilik kedai tersebut.

"Jadi untuk menyelamatkan tuan, saya datang bukan dengan lori apa semua. Saya datang atas budi bicara untuk lock nombor kedai kedai ini bagi menyatakan dalam kami punya list yang kedai ini sudah dibayar. Itu sahaja.

"Tetapi kena bayar untuk kami tutup mata atas list ni," katanya.

Video yang dipercayai dirakam daripada kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan itu dilihat bertarikh 18 April lalu.

Seorang penjaga kaunter wanita didapati sedang menjaga kedai terbabit ketika kehadiran dua individu tersebut.

Pada masa sama, lelaki berkenaan menerusi perbualan tersebut memaklumkan beberapa kedai sekitar sudah membuat pembayaran kira-kira RM500 kepadanya bagi mengelak daripada diserbu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tular, kastam, menyamar, segambut, sogokan