Tokan dadah tetap kena cekup lepas buat plastik surgeri, hensem macam Oppa Korea


  • Benua
  • Ahad, 26 Feb 2023

Sarahat melakukan pembedahan plastik menjadi lelaki hensem Korea. — Agensi

POLIS Thailand menahan seorang 'lelaki Korea kacak' di Bangkok, Thailand yang merupakan ketua pengedar dadah selepas dia melakukan pembedahan plastik bagi mengelakkan didakwa, lapor Thaiger.

Suspek dikenali 'Jimin Cheong' atau nama sebenarnya Sarahat Sawangjaeng berusia 25 tahun telah ditahan di sebuah kondominium di daerah Bang Na, Bangkok selepas Mahkamah Jenayah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada 2 Disember tahun lepas.

Sarahat mengaku mengimport sejumlah besar dadah jenis Methyl​enedioxy​methamphetamine (MDMA) dari negara-negara Eropah ke Thailand dengan memesannya melalui laman 'web gelap' dan membayarnya dengan mata wang Bitcoin sebelum menjual kepada pelanggan di Bangkok dan kawasan berdekatan.

Polis berkata, pengedar dadah itu sentiasa melakukan pembedahan plastik selama bertahun-tahun untuk mengelak ditahan polis atau didakwa.

Namun, pada 11 November tahun lepasu, pegawai kastam Thailand menemui 2,575 gram MDMA dan pil ekstasi dalam bungkusan dibawa masuk.

Polis akhirnya berjaya mengesan suspek selepas menyamar menjadi keldai dadah untuk Sarahat di Bangkok sehingga membawa kepada penangkapannya di kondominium tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram