Bekas MB Perlis berdepan pertuduhan di bawah AMLA, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan


Azlan sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar kerana mengemukakan tuntutan palsu pada Isnin.

BEKAS Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dijangka menghadapi pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) pada Rabu.

Beliau bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pertuduhan tersebut berlaku selepas Azlan sebelum itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis pada Isnin kerana mengemukakan tuntutan palsu.

Beliau yang berusia 65 tahun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 kerana mengemukakan dokumen palsu atau mengandungi butiran palsu dengan niat menipu.

Azlan didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta untuk lawatannya ke Britain dari 2013 hingga 2017.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsalha Hamzah menetapkan 12 Mei depan untuk sebutan seterusnya bersama jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Azlan menyerahkan pasportnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram