Bekas MB Perlis hadapi pertuduhan buat tuntutan palsu RM1.18 juta lawatan ke Britain


Azlan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan dokumen palsu atau mengandungi butiran palsu dengan niat memperdaya.

BEKAS Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, Kangar Perlis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta bagi lawatannya ke Britain dari 2013 hingga 2017.

Azlan, 65, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Norsalha Hamzah pada Isnin.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan dokumen palsu atau mengandungi butiran palsu dengan niat memperdaya.

Bekas Ketua Umno Perlis itu merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pauh dari 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong pada 2018.

Beliau gagal mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu. Beliau adalah menteri besar kesembilan Perlis dari 2013 hingga 2022. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram