Isu Laut Cina Selatan: Anwar anggap Muhyiddin tak faham pendirian kerajaan, minta lebih kerap ke Parlimen


  • Primer
  • Sabtu, 08 Apr 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media di Shah Alam pada Sabtu..

TAN Sri Muhyiddin Yassin perlu hadir ke Parlimen lebih kerap untuk memahami pendirian kerajaan berhubung isu berterusan membabitkan China dan penerokaan syarikat minyak serta gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Laut China Selatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak memahami pendirian kerajaan berhubung perkara itu ekoran tindakannya mengkritik Anwar yang menyatakan kesediaan untuk berunding dengan China.

“Ini masalah Ketua Pembangkang. Beliau tidak hadir di Parlimen, beliau tidak mendengar pandangan kami, membaca kenyataan dan komen kami.

“Saya secara konsisten menyatakan bahawa projek Petronas Carigali akan diteruskan. Kawasan itu milik kita.

“Tetapi sekarang, China berkata tidak, ini adalah wilayah yang bertindih. Saya kata ok kalau macam tu. Mari kita bincang,” katanya selepas melancarkan program di Projek Perumahan Rakyat di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin. -filepic

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Jika kita tidak berbincang, adakah kita akan berperang?" soal Anwar.

Anwar juga berkata beliau tidak pernah memberi petunjuk untuk memberi laluan kepada tuntutan China.

“Kita akan meneruskan projek penerokaan Petronas. Noktah,” tegas beliau.

Pada 7 April lalu, Muhyiddin mengkritik kesediaan Anwar untuk berunding dengan China mengenai penerokaan Petronas di Laut China Selatan, dengan mengatakan ia menjejaskan kedaulatan wilayah negara.

Muhyiddin berkata kenyataan Anwar mengenai rundingan dengan China menunjukkan pengiktirafan tidak langsung terhadap tuntutan China.

Pada 4 April lalu, Anwar dalam ucapan di Parlimen, berkata sementara Petronas akan meneruskan aktivitinya, Malaysia terbuka kepada rundingan mengenai kebimbangan Beijing.

“A map of the South China Sea, the Sulu Sea and the Sulawesi sea”.

Turut membuat tuntutan terhadap kawasan terbabit yang terletak di Laut China Selatan itu ialah Brunei, Taiwan, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Anwar berkata Malaysia melihat kawasan itu sebagai wilayahnya dan Petronas akan meneruskan aktivitinya tetapi terbuka kepada rundingan dengan tuntutan China.

Pada 2016, Mahkamah Timbang Tara Tetap di Hague memutuskan bahawa tuntutan China terhadap kawasan di Nine Dash Line atau Sembilan Garisan Putus (tempat Petronas beroperasi ketika ini) tidak mempunyai asas undang-undang.

Negara lain yang turut menuntut kawasan itu ialah Brunei, Taiwan, Indonesia, Filipina dan Vietnam. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram