Uncle Kentang kongsi kisah peniaga Melayu bantu apek Cina di Puchong


  • Tular
  • Isnin, 03 Apr 2023

Usaha murni lelaki berbangsa Melayu (kiri) membantu warga emas berbangsa Cina yang kurang bernasib baik, mendapat pujian Uncle Kentang. —Facebook/KuanCheeHeng

TINDAKAN murni seorang pengusaha gerai makanan berbangsa Melayu membantu warga emas berbangsa Cina yang kurang bernasib baik, mendapat pujian warga maya.

Kisah tersebut dikongsikan semula oleh aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang melalui Facebook pada Isnin.

Menurut Uncle Kentang, dia rasa terpanggil menceritakan semula kejadian tersebut kerana mahu berkongsi kisah tentang usaha murni seorang lelaki berbangsa Melayu yang menolong warga emas berusia 68 tahun tersebut.

"Terima kasih abang Melayu kerana sudi memberi makanan kepada apek Cina umur 68 tahun setiap hari.

"Makan apa sahaja yang dia mahu. Bukan sekali tetapi hampir setahun dia belanja apek Cina itu makan," tulisnya.

1686129

Uncle Kentang merupakan seorang aktivis yang banyak membantu orang awam. — Facebook/KuanCheeHeng

Menurut Uncle Kentang, warga emas yang tidak didedahkan namanya itu mengalami masalah kesihatan dan tidak mempunyai rumah serta hanya tinggal di dalam kereta.

"Apek Cina ini jatuh sakit dan mengalami masalah mata. Jejaka Melayu ini membantu dengan memberikan makanan setiap hari.

"Makan apa sahaja yang dia (warga emas) mahu tanpa mengambil satu sen pun.

"Apek Cina ini tidur dalam kereta sudah selama setahun di Bandar Puteri 7, Puchong," katanya lagi.

Tambah aktivis yang terkenal dengan khidmat masyarakatnya itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki Melayu berkenaan yang dipercayai seorang pengusaha gerai makanan kerana sudi membantu warga emas tersebut.

"Terima kasih abang Melayu jaga dia. Semoga murah rezeki dan panjang umur," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram