Ab Rauf kini Ketua Menteri Melaka baharu


  • Politik
  • Jumaat, 31 Mac 2023

Ab Rauf ketika mengangkat sumpah pada Jumaat. — Twitter/Bernama

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada Jumaat.

Majlis angkat sumpah itu diadakan di pejabat Yang di-Pertua Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam di Ayer Keroh, Melaka pada pukul 3.30 petang.

Mereka yang hadir pada majlis itu ialah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Exco Melaka dan pegawai tertinggi Kerajaan.

Ab Rauf yang berusia 62 tahun juga merupakan Ketua Umno Melaka dan Barisan Nasional negeri.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akhirnya menamatkan spekulasi mengenai perubahan kepimpinan di negeri itu apabila mengesahkan peletakan jawatan Sulaiman yang juga ADUN Lendu sebagai Ketua Menteri Melaka Pada Rabu lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram