Tragedi ikan buntal: Peniaga boleh dihukum penjara


  • Primer
  • Khamis, 30 Mac 2023

SEORANG wanita warga emas berusia 83 tahun maut manakala suaminya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal, di Kluang, Johor pada Sabtu lalu.

Menurut anak perempuan mangsa, Ng Ai Lee, 51, ayahnya, Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Singyang berusia 84 tahun tidak mengetahui ikan buntal yang dibelinya itu beracun.

"Ayah membeli ikan itu daripada seorang penjaja ikan pada Sabtu lalu lalu kerana hanya tinggal beberapa pilihan sahaja.

"Ibu bapa saya sudah bertahun-tahun membeli ikan dari penjual ikan yang sama jadi ayah saya tidak fikir dua kali mengenainya.

"Dia tidak akan membeli makanan membahayakan nyawa mereka," katanya kepada The Star.

Lim Siew Guan, The 83-year-old woman, who passed away after consuming some puffer fish or ikan buntal.

Kematian Siew Gan dikenal pasti akibat keracunan makanan dengan manifestasi neurologi

Ibunya, Lim Siew Guan, menggoreng ikan itu untuk makan tengah hari pada hari yang sama dan mula mengalami kesukaran bernafas dan menggigil manakala bapanya mula menunjukkan simptom yang sama kira-kira sejam kemudian.

Kematian Siew Gan dikenal pasti akibat keracunan makanan dengan manifestasi neurologi yang menyebabkan kegagalan sistem respiratori dan kadar denyutan jantung tidak normal, dipercayai kesan pengambilan toksin daripada ikan buntal.

Keadaan bapa Ai Lee pula masih dalam koma di Unit Rawatan Rapi dan pihak hospital cuba sehabis baik untuk merawat jangkitan di dalam badannya .

Sementara itu, peniaga ikan diingatkan untuk berwaspada dengan makanan yang dijual kerana mereka boleh didakwa jika menjual makanan yang memudaratkan kesihatan pengguna atau beracun.

Mengikut Jabatan Perikanan (DOF), peniaga yang melakukan kesalahan Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain dilaporkan berkata, pengguna yang membeli ikan dalam talian terutama dalam bentuk filet, perlu cakna dengan spesies dan jenis ikan yang dibeli.

Orang ramai dinasihat mengelak memakan ikan buntal yang tidak diketahui jenisnya, kerana hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram