Sistem pembayaran terbuka pengangkutan awam tidak risikokan data pengguna


  • Primer
  • Isnin, 27 Mac 2023

Sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana Malaysia Bhd selain daripada penggunaan Touch 'n Go bakal dilaksana dalam tempoh beberapa bulan lagi.

SISTEM pembayaran terbuka bakal dilaksanakan dalam perkhidmatan pengangkutan awam negara tidak akan merisikokan tahap keselamatan data pengguna.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, isu tersebut tidak timbul kerana sistem berkenaan sudah pun sedia diguna pakai pengguna dalam pelbagai perkhidmatan digunakan ketika ini.

"Sekarang ini tempat letak kenderaan pun pakai sistem pembayaran terbuka. Pergi membeli-belah, beli hidangan di restoran makanan segera pun banyak gunakan sistem yang sama.

"Jadi saya tidak lihat isu yang membimbangkan pengguna sebab sekarang pun mereka guna kad debit atau kredit dalam pelbagai bentuk pembayaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir bersama dalam program radio di Suria FM dan 998 FM di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada pagi Isnin.

1011108

Anthony berkata, sistem pengguna tidak perlu bimbang kerana sistem pembayaran terbuka adalah selamat dan sudah banyak digunakan untuk perkhidmatan lain di dalam negara.

Pada 20 Mac lalu, Anthony mengumumkan bahawa sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana Malaysia Bhd selain daripada penggunaan Touch 'n Go, bakal dilaksana dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Beliau berkata, sistem pembayaran terbuka akan membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui kad kredit atau debit ketika menggunakan pengangkutan awam.

Dalam pada itu, Anthony berkata, langkah itu mengambil masa beberapa bulan untuk diintegrasikan dalam sistem pengangkutan awam negara.

"Kita memang sedang mengarahkan pelaksanaannya. Jadi kalau boleh kita laksanakan dengan cepat," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram