Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dibubarkan — Fuziah


  • Primer
  • Khamis, 16 Mac 2023

Fuziah berkata, pasukan petugas itu dibubarkan kerana ia tidak berkesan dalam menangani peningkatan kadar inflasi yang tinggi.

PASUKAN Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dibubarkan, kata Fuziah Salleh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, tindakan itu diambil kerana pasukan petugas itu dilihat tidak berfungsi dengan berkesan dalam menangani peningkatan kadar inflasi yang tinggi.

"Mesyuarat yang diadakan dua kali seminggu tidak berkesan. Oleh itu, pasukan petugas tidak diteruskan," kata Fuziah semasa sesi Soal Jawab di Parlimen pada Khamis.

Fuziah menjawab soalan tambahan dibangkitkan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing yang bertanya mengenai status pasukan petugas itu.

Shoppers at a market in Kuala Lumpur, Malaysia, on Wednesday, Feb. 9, 2022. Malaysia’s economy likely emerged from recession with a 5.6% year-on-year rebound in 4Q, following a contraction of 4.5% in the previous quarter, according to Bloomberg Economics’ estimates. Photographer: Ian Teh/Bloomberg

Menurut Fuziah, indeks harga pengguna menunjukkan kenaikan inflasi lebih rendah pada Januari tahun ini berbanding Januari 2022.

Terdahulu, Fuziah berkata, satu lagi pasukan petugas khas untuk memantau dan melaksanakan langkah menangani peningkatan kos sara hidup ditubuhkan.

“Ia bertujuan untuk memperkemas pelaksanaan strategi dan pelan tindakan bagi menangani isu kos sara hidup dengan lebih berkesan,” tambah beliau.

Fuziah berkata, indeks harga pengguna menunjukkan kenaikan inflasi lebih rendah pada Januari tahun ini berbanding Januari 2022.

Bagi langkah sementara untuk menangai inflasi, Fuziah berkata, kerajaan memperkenalkan beberapa pendekatan di bawah inisiatif Rahmah.

"Ini adalah langkah jangka pendek untuk membantu rakyat sementara kita menangani keperluan untuk menaikkan gaji supaya rakyat Malaysia mempunyai kuasa perbelanjaan lebih baik," jelas Fuziah.

Pasukan petugas Jihad menentang inflasi sebelum ini diketuai oleh bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram