BENDAHARI Bersatu, Mohd Salleh Bajuri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung akaun parti itu, dibebaskan dengan ikat jamin.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata demikian pada Sabtu.
“Saya dimaklumkan Mohd Salleh dibebaskan dengan ikat jamin dan dia boleh pulang ke rumah pada Jumaat,” katanya menurut laporan media tempatan.
Beliau mendakwa, penahanan Mohd Salleh adalah cubaan untuk memburukkan imej Bersatu di mata orang ramai.
Razali mendakwa wang itu tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Salleh.
"Apa yang saya difahamkan tiada dana deposit ke dalam akaun peribadi Mohd Salleh. Dia hanya menjaga akaun parti dan ia diaudit setiap tahun, bermakna akaun itu bersih tanpa sebarang deposit yang diragui.
“Melihat keadaan itu, saya menjangkakan lebih ramai pemimpin Bersatu akan ditangkap dan disiasat SPRM,” katanya.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram