Parkir valet antara 5 sasaran modus operandi sindiket curi kereta mewah, 14 termasuk 3 wanita kena cekup


  • 112
  • Sabtu, 18 Feb 2023

Beberapa individu ditahan atas dakwaan menjalankan sindiket mencuri kereta mewah. — Gambar hiasan

PIHAK polis telah menerima sebanyak 14 laporan berhubung sindiket kes kecurian kenderaan mewah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang yang menjadikan pusat jualan kereta, bengkel, 'valet' parkir dan pusat cuci kereta sebagai sasaran.

Modus operandi menyamar sebagai pembeli ataupun pemilik kenderaan sering digunakan bagi memperdaya mangsa untuk menyerahkan kunci kereta.

Menurut Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kenderaan sasaran mereka ialah Mercedes Benz, Toyota, Honda dan Volkswagen, katanya dalam satu kenyataan.

"Mereka juga akan mengupah joki untuk menghantar kenderaan yang dicuri ke Thailand.

"Hasil siasatan yang dijalankan, seramai 11 lelaki dan tiga wanita berusia antara 22 dan 43 tahun telah ditahan dan sebanyak lima buah kenderaan mewah yang dicuri turut berjaya dirampas," tambahnya.

Dalam pada itu, pihak polis meminta semua pihak agar berhati-hati dengan individu yang mengaku sebagai pemilik atau wakil kenderaan apabila berurusan di pusat jualan kereta dan sebagainya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram