Polis nafi taktik samun tinggal telefon lampu terbuka di jalan raya


  • 112
  • Jumaat, 10 Feb 2023

Modus operandi penyamun meletakkan telefon bimbit dalam keadaan lampu kamera menyala di atas jalan adalah palsu.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat menafikan mengenai mesej yang ditularkan kononnya terdapat taktik baharu dalam jenayah samun dengan cara meletakkan telefon bimbit dan menyalakan lampu kamera di atas jalan raya.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai modus operandi sedemikian.

"PDRM mengesan penyebaran mesej tular itu yang mendakwa penyamun meletakkan telefon bimbit dalam keadaan lampu kamera menyala di atas jalan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya supaya berhenti.

"...dan sesiapa yang berhenti untuk mendapatkan telefon berkenaan seterusnya akan disamun," katanya sambil menasihatkan mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, Noorsiah menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan mesej atau berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PDRM, tular, samun, telefon atas jalan, kamera