Selain santuni media, 4 latar belakang, peristiwa Agong yang dikenang sampai bila-bila


  • Primer
  • Khamis, 02 Feb 2023

Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis (DKPP) bagi tahun 2022 di Balairung Seri Istana Negara, pada Januari lalu. — Instagram/Istana Negara

TANGGAL 31 Januari 2019 merupakan detik bersejarah buat negara apabila Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16.

Seiring masa berganti, Baginda pada Selasa menyambut ulang tahun keempat sebagai Ketua Negara, dan kini hanya berbaki setahun sahaja lagi menggalas amanah tersebut.

Sehari kemudian pula, menjadi hari terakhir Baginda mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan kali ini.

Sepanjang tempoh Baginda bergelar Yang di-Pertuan Agong banyak momen indah yang boleh diabadikan bersama rakyat.

Berikut Majoriti senaraikan lima latar belakang dan peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan dan akan dikenang hingga akhir hayat:

1) Santuni media

King Al Sultan Abdullah Ri'aayatuddin Al-Mustafa Billah Shah distributing Mcdonald burgers for members of the media  at the entrance of National Palace .AZHAR MAHFOF/The Star (25/2/2020)

Al-Sultan Abdullah memberikan makanan dari McDonald kepada petugas media.

Pada 24 Februari 2020, Al-Sultan Abdullah menjamu kira-kira 50 petugas media yang membuat liputan pergolakan politik, di dua pintu di Istana Negara dengan makanan segera, ayam goreng KFC.

Sehari selepas itu, Baginda membelanja dan mencemar duli memberikan makanan dari restoran McDonald kepada petugas media di pintu masuk Istana Negara.

316615711_838478737277724_4000825616624699926_n

Al-Sultan Abdullah mengagihkan makanan kepada pengamal media. — Instagram Istana Negara

Ketika Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu, Al-Sultan Abdullah telah berkenan berangkat menyantuni pengamal media yang berkampung untuk membuat liputan di Pintu 2 Istana Negara.

Baginda juga berkenan mengagihkan makanan tengah hari kepada pengamal media yang hadir.

2) Dekat dengan rakyat

Pada Januari lalu, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor.

323878551_694599625508528_830639947627364289_n

Al-Sultan Abdullah menaikkan seekor ikan pada Januari lalu. — Instagram Istana Negara

Ketika aktiviti itu, Seri Paduka Baginda berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan Jenahak seberat 2.5 kilogram (seekor), selain meluangkan masa menyantuni pengunjung dan para pemancing di kolam tersebut.

322053311_870136131072387_2447009755246791705_n

Al-Sultan Abdullah (kiri) dan Tunku Azizah (kanan) ketika mengunjungi KFC pada 29 Disember lalu. — Instagram Istana Negara

Pada 29 Disember lalu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur untuk menikmati santapan tengah hari di restoran tersebut.

Pada Disember 2021, Baginda dan Permaisuri Agong mencemar duli mengunjungi sebuah restoran KFC di Jalan Ipoh, di ibu negara.

Namun, apa yang menarik, Agong dan Permaisuri memesan makanan di kaunter sama seperti rakyat biasa dan tanpa protokol rasmi.

3) Tiga Perdana Menteri

template - 2023-02-01T195911.644

Dari kiri: Ismail Sabri, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin.

Sepanjang pemerintahan Al-Sultan Abdullah, seramai tiga Perdana Menteri sudah pun dilantik.

Ini termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan bermula 1 Mac 202 hingga 20 Ogos 2021.

Selain itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikut jejak langkah dengan menjadi Perdana Menteri kesembilan bermula 21 Ogos 2021 hingga 23 November 2022.

Manakala, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilantik menjadi Perdana Menteri bermula 24 November 2022 hingga kini.

4) Permaisuri Agong

553

Tunku Azizah berkenan melawat sekitar tapak pameran selepas pelancaran platform The Tuanku Azizah Handmade Market (TTAHM) di One City, dekat Subang Jaya, Selangor pada Februari 2020.

Memetik laporan Portal Diraja Pahang, Tunku Azizah bergerak aktif pada masa lapang termasuk membaca, memasak, menjahit, bermain golf serta berbakat dalam bidang penulisan.

Selain itu, Baginda juga menghasilkan buku masakan bertajuk "Air Tangan Tengku Puan Pahang" yang diterbitkan dan dilancarkan pada Mac 2005.Hasil jualan buku tersebut disalurkan terus ke Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF).

Tunku Azizah juga merupakan penaung DiRaja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang dan Pengakap Puteri Sedunia serta merupakan Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Bukan itu sahaja, Baginda merupakan Pengerusi PERTAP, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang(WI) serta Pengasas atau Presiden Seumur TAFF, Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz(YIA) dan juga merupakan Penaung Diraja AP di Hong Kong.

Pada 2019, Tunku Azizah diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Ikon Kraf 2019 oleh Majlis Kraf Dunia (WCC), atas sumbangan baginda dalam mengekalkan warisan kraf tradisional.

Anugerah berkenaan penghormatan yang amat bertepatan bagi Tunku Azizah yang begitu aktif dalam mempromosi kraf tradisional, bermula sejak 2006.

5) Putera dan puteri

keluarga-diraja

Keluarga Diraja Pahang. — Portal Diraja Pahang

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikurniakan dengan empat orang putera dan dua orang puteri:

  • Putera sulung Tengku Panglima Raja Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah
  • Putera kedua Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah
  • Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah
  • Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah
  • Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah
  • Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah — Majoriti

    Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram