Angkara mabuk, pemandu Porsche langgar pembahagi jalan, rempuh 3 kereta di pusat beli-belah Sepang


  • 112
  • Ahad, 29 Jan 2023

Kereta itu merempuh tiga kereta lain iaitu Toyota Corolla Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CRV yang berada parkir valet.

TIGA kereta mengalami kerosakan teruk selepas seorang pemandu kereta mewah yang disyaki mabuk, merempuh kenderaan tersebut dalam kejadian di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kereta itu merempuh tiga kereta lain yang berada di sebelah kiri kotak parkir valet.

Beliau berkata, kereta itu merempuh tiga kereta lain iaitu Toyota Corolla Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CRV yang berada parkir valet.

"Siasatan mendapati pemandu Porsche memandu dari Le Meridien Putrajaya ke arah Cheras.

"Di kawasan parkir, dia merempuh pembahagi jalan dan hilang kawalan sebelum melanggar tiga kereta berkenaan," katanya.

Katanya, pihaknya sudah merakam keterangan tiga pemilik kereta, namun pemilik kereta mewah itu belum dirakam keterangan setakat ini.

"Sampel air kencing dan darah juga sudah diambil," katanya pada Sabtu.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.

Sementara itu, menjelang hari terakhir Op Selamat 19 pada Jumaat, jumlah kemalangan mencecah 1,000.

Sebanyak 1,389 kemalangan membabitkan 1,711 kenderaan telah direkodkan, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim dalam satu kenyataan.

Pecahan menunjukkan bahawa 66.62 peratus atau 1,140 daripada kenderaan yang terlibat adalah kereta.

Sebanyak 211 lagi kenderaan 4WD (pacuan empat roda) dan 250 motosikal turut terlibat dalam kemalangan semasa Op Selamat 19, masing-masing menyumbang 12.33 dan 14.61 peratus daripada kemalangan yang direkodkan.

Op Selamat 19 dilancarkan sempena Tahun Baharu Cina. Operasi selama 10 hari itu berakhir pada hari Jumaat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram